Monday, February 25, 2013


Semalam malam jam 10 lebih tak silap, ada orang tu bawa saya lalu Kolej Matrikulasi Melaka :D Mannnnn i was so happy! Lalu je pun. Alang alang hantar Cik Hajar sayang balik Kolej Uniti dia kat PD. Tapi saya suruh orang tu drive acah acah slow motion. So i was able to see the blok kediaman, the bukit we sahabat used to lepak at dulu, the entrance, the padang... 

Alhamdulillah. Dapat juga lah cuci mata setelah nak hampir setahun keluar kmm tapi tak pernah pernah nak jenguk ke singgah ke. Haha terima kasih orang tu!

Gambar hiasan semata :P 

Ah rindunya Ya Allah :'( That will can never be replaced. Saya rindu semua orang yang ada dalam memori KMM 2011/2012. And i miss every single thing within the period. 6 Jun 2011 - 28 April 2012. Lebih kurang lah tarikh ni.

Rindunya................... Terima kasih Allah kerana permohonan masuk kmm dulu diluluskan walaupun second intake, walaupun pada mulanya hati sikit main keras nak korbankan diri masuk kmm. Alhamdulillah kerana dipertemukan pula dengan sahabat sahabat yang awesome awesome semuanya. Alhamdulillah kerana setiap saat di kmm dulu adalah saat yang manis. Alhamdulillah untuk segalanya! :') 



ps/ May success be with us, insha Allah. Salam alaik. 

Ini tentang suatu yang pernah. *curi title lagu fynn jamal* 


Hari itu... Saya tak pernah lupa. Sebab sedihnya saya sampaikan boleh demam dua hari. Menangisnya saya sampai tak boleh berhenti. Macam biawak hidup. Jasad ada, roh kemana. Mata terbuka, mulut tak bicara. Celakanya saya hari itu sebabnya hanya Allah yang tahu. Sampai lah sekarang saya tak pernah lupa. 

Namun, Have faith in Allah sentiasa berlegar dalam kepala. Allah knows best sentiasa menghantui diri. La Tahzan Innallahama' ana sentiasa memujuk saya. Dan kewujudan orang orang yang tersayang di sekeliling. Jadi, saya berhenti menjadi biawak hidup dan move on. Payah macam mana pun lantak lah. Apa yang saya tahu, buat apa yang Allah suruh. Itu je. Saya redha. Dan sampai lah saat ini... :') 

Ada hikmah hari itu begitu. Allah punya ketentuan. Siapa kita nak pertikaikan? Maka, Alhamdulillah with the help of Allah, everything went well. Dan sebenarnya sejak hari itu, makin membara semangat hidup dalam diri. Berapi-api. Bayangkan hari itu, hari yang sedih itu, hari yang seperti saya rasa mati itu, melahirkan perasaan paling gembira dalam hati saya hari ini. SubhanAllah kuasa Allah! Ajaib...pada pandangan mata manusia macam saya. 

Hari itu... Dah berlalu kan. Maka, yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Ambil iktibar buat bekalan untuk masa depan. Kalau hari itu ibarat titik hitam di atas sehelai kain yang putih bersih, maka saya akan buat kain itu lebih bersih sampai ia bercahaya supaya mereka tak nampak titik hitam tu sebab silau. Hehe.


Rupanya... Hari itu...Cuma dugaan. Yang Allah turunkan sebagai ujian. Dan saya sangat berharap, saya dapat A+. ;) *hehe gurau lagi* 


Ikhlas nak berkongsi. Supaya bila Allah uji awak, awak kena kuat ya! *YE awak yang sedang membaca ni* Setiap manusia, lain kelemahannya. Setiap manusia, lain juga dugaannya. Dan lagi satu! Allah uji kita mengikut kemampuan kita masing masing. Allah takkan uji diluar kemampuan kita so that means kita mampu face and go through it! :'D 



ps/ Masih sedang belajar menjadi hambaNya. Salam alaik. 

HI STALKER! 

Haha i know you are reading this :D 
Well, keep on. Because Im about to start blogging...again. 



ps/ Semoga lillahita'ala. Salam alaik.